luLU


I made this widget at MyFlashFetish.com.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Harga minyak naik lagi.!!!!!!!

Harga minyak naik lagi. Naik untuk kesekian kalinya. Ayuh mahasiswa berjimat cermatlah..

Kalau sebelum ini anda suka mengembara dengan kenderaan anda sekeliling Malaysia nampaknya anda boleh kurangkan aktiviti anda untuk mengembara itu. Harga minya sudah naik. Kurangkan pengembaraan ataupun hentikan terus..

Andai kata anda menghabiskan sehari Rm10 ringgit untuk makan, maka sekarang fikirlah untuk berjimat. Berjimat mungkin memberi sedikit nafas untuk hidup anda. Anda kena ingat.. Harga minyak naik, sedikit waktu lagi harga makanan juga turut naik. Walau harga makanan tak naik pun mungkin nasi kerabu dan air milo panas yang sedap yang pernah anda rasa tak sesedap dulu lagi.. ish3.. harga minyak punya pasal..

Panggilan dari kampung... kring!! kring!!..
"hello man bila nk balik kampung"
"ala mak.. bulan depan je la"
"laa... kenapa bulan depan.. mak rindu benor dengan kamu nie. balik la man. mak rindu sangat"
"mak..mak kena faham bukan saya tak nak balik... mak kena faham tu"
"la.. balik je la. apa susahnya man.. ko tak rindu kat mak ke man? ayah ko pun rindukan ko nie"
"mak.. harga minyak mahal skrg. saya tak bleh balik selalu macam dulu lagi mak. mak kena la faham"

"ermmm... ok la man kalau mcm tu. belajar rajin2.. jangan lupa mak kat kg nie"
"InsyaAllah.. lagipun skrg tak leh top up selalu mak. duit selalu tak cukup."

mak meletakkan telefon dengan berat hati. Hulu hati seorang ibu terasa pedih dengan kenaikan harga minyak. kesan kekeluargaan yang mencengkam. merobek hulu hati. harga minyak menghilangkan kemesraan kekeluargaan. menjauhkan yang jauh, merengangkan yang rapat..

~nukilan petang memikirkan harga minayk~

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply

SaYu jEa

wahoha.com