luLU


I made this widget at MyFlashFetish.com.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Archives

Harga minyak naik lagi.!!!!!!!

Harga minyak naik lagi. Naik untuk kesekian kalinya. Ayuh mahasiswa berjimat cermatlah..

Kalau sebelum ini anda suka mengembara dengan kenderaan anda sekeliling Malaysia nampaknya anda boleh kurangkan aktiviti anda untuk mengembara itu. Harga minya sudah naik. Kurangkan pengembaraan ataupun hentikan terus..

Andai kata anda menghabiskan sehari Rm10 ringgit untuk makan, maka sekarang fikirlah untuk berjimat. Berjimat mungkin memberi sedikit nafas untuk hidup anda. Anda kena ingat.. Harga minyak naik, sedikit waktu lagi harga makanan juga turut naik. Walau harga makanan tak naik pun mungkin nasi kerabu dan air milo panas yang sedap yang pernah anda rasa tak sesedap dulu lagi.. ish3.. harga minyak punya pasal..

Panggilan dari kampung... kring!! kring!!..
"hello man bila nk balik kampung"
"ala mak.. bulan depan je la"
"laa... kenapa bulan depan.. mak rindu benor dengan kamu nie. balik la man. mak rindu sangat"
"mak..mak kena faham bukan saya tak nak balik... mak kena faham tu"
"la.. balik je la. apa susahnya man.. ko tak rindu kat mak ke man? ayah ko pun rindukan ko nie"
"mak.. harga minyak mahal skrg. saya tak bleh balik selalu macam dulu lagi mak. mak kena la faham"

"ermmm... ok la man kalau mcm tu. belajar rajin2.. jangan lupa mak kat kg nie"
"InsyaAllah.. lagipun skrg tak leh top up selalu mak. duit selalu tak cukup."

mak meletakkan telefon dengan berat hati. Hulu hati seorang ibu terasa pedih dengan kenaikan harga minyak. kesan kekeluargaan yang mencengkam. merobek hulu hati. harga minyak menghilangkan kemesraan kekeluargaan. menjauhkan yang jauh, merengangkan yang rapat..

~nukilan petang memikirkan harga minayk~

KaRanGan BuDak SeKoLAh RenDaH LaWaK GiLa!!..Hahahah~

 
                                      KaRanGaN bUdAk SeKoLAh ReNdAh!!..Lol!!!


                                  KaRanGaN BuDaK CeRitA HanTu!!...LOL!!
 


                           Tajuk : Pengalaman Yang Boleh Saya Lupakan


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk  sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutinya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejar nya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helicopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemadu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia  menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helicopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi!” dan jatuh ke bumi dan terus bertukar.

Emak saya menghantar helicopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi [emandu itu di dalam bahasa inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging itu dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

haahah....adei....penat aku baca bnda ni...dri td keja gelak  ja....sesapa yg tgh stress ke tu... meh baca meh..konfem gelak....hahahahaha.......

Murid yang lebih pandai daripada gurunya

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

> Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
> Murid-murid : Nampak cikgu.
> Guru tadika : Pen ada kan?
> Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

> Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
> Murid-murid : tak nampak cikgu.
> Guru tadika : pen ada tak?
> Murid-murid : tak ada cikgu.
> Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
> Murid-murid : tak nampak cikgu.
> Guru tadika : Tuhan ada tak?
> Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

> Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
> Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
> Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
> Murid-murid : nampak.
> Amin : cikgu ada kan?
> Murid-murid : ada.
> Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
> Murid-murid : tak nampak.
> Amin : cikgu ada otak tak?
> Murid-murid : tak ada..

..........??????????????????????????? ...
 dah bca kan....tgk tu...budak2 pon dah pndai dri ckgu, yg bakal2 ckgu nih jgn jdi mcm tu yea.... penat ja blaja tnggi2 tp xbpa nk cerdik....

Category:   Leave a Comment

SaYu jEa

wahoha.com